Finally, smpi jgk surat ni.slagi ak tak tgk surat ni,ak tak blh nk knfem lg.mcm² blh blaku kan…hmm! Utk nk sedapkn hati,ak tgu gk surat ni smpi.umi adalah org yg plg gembira bile tau ak dapat kje ni.dialah org pertama ak bgtau…wpn mse tu,aku mcm dlm keadaan terkejut lg,tp ak gtau gk dia.mmg berkat doa² umi dan abah slama ni.
thx abah,thx umi. i love y’all.
Tak dapat dinafikan,mmg aku berusaha 110% utk temuduga aritu,mcari rujukan² yang berkaitan,intbiu kwn² yang dah
kojo gomeng.Alhamdulillah,Allah Taala memberi aku ruang & waktu yang cukup aku untuk membuat segala persediaan & persiapan.Dapat cuti seminggu dari
pristinehub sudah cukup aku untuk buat persedian rapi.Walaupun mse tuh keadaan masih tak menentu kat tmpt kje lama,tp pedulik ape ak…ni soal hidup dan mati aku!
Kojo gomeng ni beb! bukan selalu nak dapat ofer cmni.ni je satu²nya jawatan yang aku isi dlm portal
spa.gov.my. Klu keje lain memang aku tanak! hahaha! (poyo gilo!)
Segala yang berlaku ini adalah perancangan
Allah Taala.Sungguh cantik perjalanan yang Dia atur.Mmg banyak masalah yang menimpa aku semenjak dua ni.Dgn masalah henpon ilang la,masalah kat tempat keje lama yang
ntahapahapantah…tp Alhamdulillah,walaupun ade satu dua perkara yg btul² sangat memeritkan,sume ni aku alami dengan hati yang terbuka.Time kasih kepada kawan² yang banyak menyokong aku selama ni.thx! . . .
Selepas ape yang berlaku kat pristinehub, sebenarnya aku dah tak tau mane lagi hala tuju hidup aku lepas tuh. Masa ni lah macam² benda bermain dalam kepala otak aku. Memandangkan kitorg ni antara pioneer kat kompeni tu, memang terlalu berat nak tinggalkan, ditambah pulak dengan kelebihan² dan ganjaran² yang dijanjikan oleh kompeni. Tapi biasala kan, kalu dah projek berjuta², deal plak ngan gomen, mmg akan banyak masalah yang akan timbul. politic sux!! Lagipun ape yang dijanjikan masih lagi kabur dan mgkin memakan masa yang lama. Bercampur-aduk pulak dengan mslh dalaman kompeni.
Walaubagaimanapun...bagi aku, keje gomen ni lagi besar
tanggungjawab dia. Makin banyak
cabaran² dia yang harus aku hadapi. Itulah antara sebab kenapa sebelum ni aku malas nak keje gomen. Tapi bila difikirkan, benda sudah berada di depan mata aku. Aku kena hadapi kenyataan. Sampai bila aku nak lari dari kenyataan? Nak tak nak, aku kena hadapi juga. Inilah kehidupan...kehidupan yang aku harus teruskan.
More about me...